Search
Close this search box.
Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg merasmikan Selangau Riverfront di sini hari ini. Foto, Jabatan Penerangan Malaysia Sarawak.

Taraf hidup penduduk luar bandar bertambah baik hasil dasar GPS

ByLorenzo Isaac Ak Anthony

SELANGAU, 18 Dis: Keprihatinan Kerajaan Sarawak menyalurkan peruntukan untuk melaksanakan pelbagai projek pembangunan telah mengangkat taraf hidup rakyat di kawasan luar bandar.

Ahli Parlimen Selangau, Edwin Banta berkata, sehubungan itu beliau berterima kasih kepada kerajaan yang ditadbir oleh Gabungan Parti Sarawak (GPS) yang telah melaksanakan pelbagai projek infrastruktur di kawasannya.

Namun kata Edwin, di kawasan berkenaan masih terdapat beberapa kemudahan yang diperlukan rakyat.

“Antara yang perlu diperbaiki termasuklah Jalan Skim Sekuau ke Ulu Oya, Ulu Pakoh agar penduduk di Skim Sekuau boleh balik semula ke kampung asal mereka dan meneroka tanah terbiar.

“Kawasan itu harus dilengkapkan dengan kemudahan asas seperti bekalan elektrik dan air,” katanya.

Ahli Parlimen Selangau, Edwin Banta. Foto, TVS.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Selangau Riverfront di sini, hari ini yang dihadiri oleh Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Turut hadir, Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak, Datuk Dr. Annuar Rapaee dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tamin, Ir Christopher Gira Sambang.

Sementara itu, beliau memberitahu kawasan penempatan di Skim Sekuau semakin sempit selain tiada tempat untuk kegiatan pertanian.

“Selain itu, Jalan Ulu Mukah, Jalan Ulu Balingian dan Jalan Ulu Siong yang kerap dilanda banjir juga perlu dinaik taraf,” ujarnya lagi. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan