Search
Close this search box.
Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg hadir merasmikan Selangau Riverfront di sini, hari ini.Foto, TVS.

Selangau dicadangkan sebagai pekan satelit

ByLorenzo Isaac Ak Anthony

SELANGAU, 18 Dis: Pekan ini dicadangkan agar dijadikan sebagai pekan satelit kepada pelbagai industri yang terdapat di Bintulu.

Ahli Parlimennya, Edwin Banta berkata, ini kerana Selangau mempunyai potensi untuk berkembang memandangkan jaraknya  dengan Bintulu hanya mengambil masa kurang dua jam.

Laluan masuk baharu ke pekan Selangau akan dibina menerusi Pan Borneo – Abang Johari

“Memandangkan Pekan Selangau berpotensi untuk berkembang dengan siapnya jajaran Lebuhraya Pan Borneo, perumahan rakyat kos rendah dan flat amat diperlukan di sini.

“Perbadanan Pembangunan Perumahan (HDC) boleh memainkan peranan membangunkan projek perumahan di sini,” katanya ketika berucap pada Majlis Perasmian Selangau Riverfront di sini, hari ini.

Taraf hidup penduduk luar bandar bertambah baik hasil dasar GPS

Perasmian Selangau Riverfront dilakukan oleh Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Turut hadir, Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak, Datuk Dr. Annuar Rapaee dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tamin, Ir Christopher Gira Sambang.

Sementara itu, Edwin turut berterima kasih kepada HDC dan Kerajaan Sarawak kerana telah membantu penduduk Selangau dengan meluluskan pinjaman rumah panjang bernilai RM30,000 sepintu.

“Inisiatif ini sangat membantu rakyat menikmati kesejahteraan hidup dan meringankan beban membina rumah panjang.

“Saya juga difahamkan pinjaman RM30,000.00 akan dinaikkan kepada RM50,000.00 sepintu bermula tahun depan,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan