Search
Close this search box.
Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg bercakap dalam sidang media selepas merasmikan Pejabat Daerah Selangau di sini hari ini. Foto TVS.

Sarawak tubuh jawatankuasa khas pantau kerjasama sektor tenaga hijau, minyak dan gas

ByLorenzo Isaac Ak Anthony

SELANGAU, 18 Dis: Sarawak telah menubuhkan jawatankuasa khas bagi memantau kerjasama dua anak syarikatnya dengan Mubadala dan Masdar dalam bidang minyak, gas serta tenaga hijau.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, penubuhan itu susulan pemeteraian memorandum persefahaman (MoU) di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE) sempena Persidangan Perubahan Iklim, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (COP28) baru – baru ini.

Kata Abang Johari, jawatankuasa itu akan bekerjasama dengan Petroleum Sarawak Bhd (Petros) serta Sarawak Energy Berhad (SEB) bagi membuat perancangan strategik dan seterusnya mempergiatkan penglibatan Sarawak dalam sektor berkenaan.

“Petros telah menandatangani MoU dengan Mubadala (Petroleum) manakala SEB memeterai MoU dengan Masdar. Jadi kita akan ada satu jawatankuasa khas untuk penambahbaikan MoU,” katanya.

Abang Johari tiba di Dubai, hadiri Persidangan Perubahan Iklim PBB

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas merasmikan Pejabat Daerah Selangau dan Selangau Riverfront yang baharu di sini hari ini.

Turut hadir, Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak, Datuk Dr. Annuar Rapaee, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tamin, Ir Christopher Gira Sambang dan Ahli Parlimen Selangau, Edwin Banta.

Mengulas lanjut, Abang Johari berkata, kerjasama berkenaan dijangka akan memanfaatkan Sarawak memandang syarikat yang berpengkalan di UAE itu merupakan pemain utama global dalam bidang teknologi hijau.

“Pada masa ini, mereka memiliki pelaburan di Indonesia dalam projek solar terapung,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan