Search
Close this search box.
Jumlah korban keseluruhan akibat rabies di Sarawak tahun ini meningkat kepada 16 orang. Foto hiasan, Envato.

Rabies: Satu lagi kematian di Sarawak minggu lepas

ByNadhir Azfar

KUCHING, 18 Dis: Sarawak mencatatkan satu lagi kematian akibat rabies pada minggu lepas.

Ini menjadikan jumlah korban keseluruhan mencecah 16 orang akibat wabak berkenaan pada tahun ini di sini.

Datuk Bandar Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS), Dato Wee Hong Seng berkata, sebanyak tiga kes baharu juga dikesan di bandaraya ini pada minggu lepas melibatkan seekor kucing peliharaan, anjing peliharaan dan seekor anjing liar.

Kata beliau, kes pertama membabitkan seekor kucing peliharaan yang tidak divaksin di Lorong 10, Tabuan Dayak.

“Kes kedua pula merupakan kes gigitan yang melibatkan seekor anjing liar di Taman Suria, Matang Jaya.

“Kes ketiga pula melibatkan seekor anjing peliharaan yang tidak divaksin di Jalan Pending,” katanya.

Sementara itu beliau memaklumkan, Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak (JKNS) telah melaporkan sebanyak 18 kes rabies membabitkan manusia pada tahun ini bermula 1 Januari sehingga 13 Disember.

“Sejak 2017, terdapat sebanyak 73 kes rabies melibatkan manusia di Sarawak. Minggu lepas, jumlah kematian adalah 65 kes dan minggu ini terdapat lagi satu kes kematian yang menjadikan jumlah kes kematian kepada 66 kes,” jelasnya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan