Search
Close this search box.
Keadaan pikap dan motosikal yang terlibat dalam kemalangan di Jambatan Bekenu semalam. Foto: BSPT IPD Miri

Penunggang maut, motosikal bertembung pikap

MIRI, 18 Dis: Seorang penunggang motosikal maut selepas motosikal ditunggang bertembung dengan sebuah pikap di Jambatan Bekenu semalam.

Ketua Polis Daerah Miri, Asisten Komisioner (ACP) Alexson Naga Chabu berkata, kejadian yang berlaku jam 5.30 pagi itu melibatkan kenderaan pacuan empat roda (4WD) jenis Toyota Hilux dan sebuah motosikal jenis Yamaha yang ditunggang mangsa.

“Hasil siasatan pihak polis mendapati pikap yang dipandu seorang lelaki berusia 42 tahun telah berlanggar dengan motosikal yang ditunggang mangsa berusia 49 tahun.

“Akibat kemalangan itu, penunggang motosikal mengalami kecederaan parah dan telah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai perubatan Klinik Kesihatan Bekenu,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Bagaimanapun katanya, pemandu pikap terbabit tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Berdasarkan laporan polis, satu kertas siasatan telah dibuka dan disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” jelasnya.

Alexson berkata, mayat mangsa dibawa ke Hospital Miri untuk tindakan lanjut.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan pengguna jalan raya supaya lebih berhati-hati dan mengambil langkah-langkah pemanduan berhemah semasa berada di jalan raya. – TVS

 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan