Search
Close this search box.
Tetamu kenamaan menyerahkan hadiah kepada pemenang sukaneka. Foto TVS

Penduduk perkampungan Melayu DUN Batu Danau nikmati pembangunan

LIMBANG, 18 Dis: Masyarakat di beberapa perkampungan Melayu di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Danau kini menikmati pelbagai pembangunan dan kemajuan di bawah pentadbiran kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS).

Perkampungan tersebut membabitkan Kampung Palas, Medait, Kuala Awang, Anak Bukit, Belading dan Tedungan.

Penghulu bagi perkampungan Melayu, Penghulu Ahmad Bini menjelaskan, projek mega seperti pelaksanaan Lebuh Raya Pesisir Utara selain projek rakyat lain dilaksanakan di kampung mereka tahun ini.

Penghulu Ahmad Bini. Foto: TVS

“Pembangunan yang dinikmati sepanjang tahun ini membabitkan projek besar iaitu pembinaan jalan pesisir yang termasuk pembinaan sebuah jambatan, naik taraf jalan, rumah dewan dan sebagainya.

“Oleh itu, kami berterima kasih kepada kerajaan GPS,” katanya ketika ditemui TVS pada Program Majlis Kesyukuran dan Hari Keluarga Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), Unit Pertubuhan Kebangsaan Belia Bersatu Sarawak (SABERKAS) dan Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Belading malam tadi.

Setiausaha JKKK Kampung Belading, Roslan Matjin memberitahu, Kampung Belading yang mempunyai lebih 200 penduduk Melayu, Iban dan Bisaya membabitkan 30 buah rumah turut menerima tempias pembangunan daripada kerajaan GPS.

Setiausaha JKKK Kampung Belading, Roslan Matjin. Foto: TVS

“Tentang Kampung Belading, banyak kemajuan di bawah kerajaan GPS, yang pertamanya sekali jalan- jalan bersimen ke rumah-rumah, boleh dikatakan 95 peratus jalan bersimen ke rumah-rumah telah dilaksanakan termasuk jalan kebun.

“Pada tahun ini juga dewan serbaguna Kampung Belading telah dinaik taraf sebanyak RM100,000 di bawah kerajaan GPS,” ujarnya.

Katanya lagi, hampir 100 peratus jalan yang dahulunya berbatu dan berlubang kini sudah diturap sepenuhnya.

“Di bawah pemerintahan kerajaan GPS, jalan kampung kami yang dulu berbatu, berlubang-lubang, sekarang boleh dikatakan 100 peratus jalannya sudah berturap sepenuhnya,” katanya.

Bagi Pengerusi Surau Darul Jannah Tedungan, Morshidi Damit berkata, lebih 200 orang penduduk Islam di kawasan sempadan antara Malaysia dan negara Brunei Darussalam itu dapat menjalankan program keagamaan di surau baharu sejak 2021.

Pengerusi Surau Darul Jannah Tedungan, Morshidi Damit. Foto: TVS

Katanya, sebelum ini penduduk terpaksa menumpang di surau kampung berhampiran dan dengan adanya surau baharu berkenaan ia satu kemudahan kepada penduduk untuk beribadah. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan