Search
Close this search box.
Polis meminta saksi kejadian tampil membantu siasan kes seorang pejalan kaki maut dipercayai diseret kira-kira 160 meter di Batu Kawa. Foto, IPD Padawan.

Lelaki maut diseret 160 meter di Batu Kawa, polis cari saksi kejadian

ByNur Suhaida Muliyono

KUCHING, 18 Dis: Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Padawan memohon saksi kejadian untuk tampil membantu siasatan berhubung kematian lelaki yang dipercayai diseret sehingga 160 meter di Batu Kawa, berhampiran Jalan Dogan di sini.

Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata, kejadian itu dipercayai berlaku sekitar pukul 4.30 hingga 5.30 pagi, Sabtu lalu.

Katanya mangsa yang dipercayai pejalan kaki disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Seorang pejalan kaki maut dipercayai akibat diseret kira -kira 160 meter dalam kejadian di Batu Kawa. Foto, IPD Padawan.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya menerusi kenyataan media,

Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik, Inspektor Abang Azizil Fansuri Abang Abdullah di talian 014 867 7853 atau Penolong Pegawai Penyiasat Trafik, Sarjan Awang Taib Awang Bojeng di talian 013 816 8566. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan