Search
Close this search box.
Gambar fail menunjukkan Lebuhraya Pan Borneo di Bukit Begunan, Sarawak. Foto Fiqri Razak (TVS)

Laluan masuk baharu ke pekan Selangau akan dibina menerusi Pan Borneo – Abang Johari

ByLorenzo Isaac Ak Anthony

SELANGAU, 18 Dis: Kerajaan Sarawak akan membina laluan masuk baharu ke Pekan Selangau menerusi Lebuhraya Pan Borneo.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, keputusan itu dibuat berikutan laluan sedia ada di  pekan itu untuk ke bandar utama yang terdekat agak jauh.

Kata Abang Johari, ini menyebabkan pelancong tidak singgah di sini dan akhirnya memberi kesan kepada aktiviti ekonomi komuniti tempatan.

Taraf hidup penduduk luar bandar bertambah baik hasil dasar GPS

“Oleh itu, saya telah meminta Jabatan Kerja Raya (JKR) untuk mengkaji semula titik masuk dari Lebuhraya Pan Borneo yang boleh mencapai ke pekan ini.

“Jalan sedia ada boleh digunakan sebagai lorong keluar,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada sidang media selepas merasmikan Pejabat Daerah Selangau di sini, hari ini.

Yang turut hadir, Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak, Datuk Dr. Annuar Rapaee dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tamin, Ir Christopher Gira Sambang.

Impian rakyat jadi realiti, Lebuhraya Pan Borneo Sarawak dibuka sepenuhnya hujung tahun ini

Mengulas lanjut, Abang Johari berkata, beliau berharap perkara ini akan dapat diselesaikan sebelum 2025.

Terdahulu, Abang Johari mendedahkan kos pembinaan laluan masuk itu dijangka akan melebihi RM2 juta.

“Saya minta JKR serta Jabatan Ukur dan Pemetaan terlibat dalam fasa reka bentuk dan Cawangan Lebuhraya Pan Borneo (PBHB) untuk memberikan input supaya jalan baharu ini tidak memberi kesan kepada aliran trafik masuk ke Selangau,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan