Search
Close this search box.
Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah melancarkan simbolik perasmian pada Program Nuansa Seni Vol 4: Persona 60 Tahun Warisan Melayu Sarawak malam tadi. Foto TVS

Kerajaan Sarawak sentiasa menyokong usaha lestarikan budaya dan warisan – Karim

MIRI, 18 Dis: Kerajaan Sarawak sentiasa menyokong usaha melestarikan kebudayaan dan warisan dalam kalangan masyarakat.

Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, dengan mempelajari dan menghayati sejarah melalui warisan budaya akan meningkatkan pelbagai pembangunan dari segi ekonomi mahupun kesejahteraan masyarakat.

“Kita mesti ingat bahawa warisan budaya atau budaya tempatan sememangnya boleh menjadi tauladan baik untuk pembangunan ekonomi dan pembangunan lain. Sebagai manusia, kita boleh belajar daripada sejarah dan pengalaman silam.

“Oleh itu, dengan memberi perhatian dan nilai kepada budaya yang unik, tradisi dan faktor-faktor lain berkaitan, usaha pembangunan yang lebih cekap dan berkesan dapat dicapai daripada pelbagai segi. Ini juga termasuk daripada segi sosial ekonomi dan meningkatkan kesejahteraan masyarakat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap di Program Nuansa Seni Vol 4: Persona 60 Tahun Warisan Melayu Sarawak di sini, malam tadi.

Katanya, selain memberi dokongan dan sokongan moral, masyarakat perlu mendokumenkan atau membukukan warisan budaya agar ia tidak hilang ditelan zaman dalam usaha memartabatkan industri kreatif kebudayaan dan seni persembahan di Sarawak.

“Kita menggalakkan untuk mengadakan program seni kebudayaan seperti muzikal orkestra untuk diadakan di pelbagai tempat di seluruh Sarawak bagi menarik minat dan menyemarakkan semangat kesenian dalam kalangan anak Sarawak,” ujarnya.

Beliau turut meminta penggiat seni Melayu untuk bersama-sama memelihara dan melestarikan seni warisan budaya mereka yang terdiri dari pelbagai aspek seperti seni kreatif, pakaian tradisional atau seni persembahan.

“Ini merupakan tanggungjawab mereka untuk melindungi dan mempertahankan warisan kepada generasi yang seterusnya.

“Saya mahu masyarakat Melayu untuk menggiatkan usaha dalam memelihara dan melestarikan warisan mereka untuk generasi akan datang,” katanya.

Program meraikan 60 Tahun Sarawak Merdeka itu telah mempamerkan rekaan pakaian tradisional Melayu Sarawak dari D’Keringkam dari Danny Zulkifli, Anna Sue, Harizan Khaider, Ben Nazry, Maskota x Kniza Selayah Keringkam Miri dan Little Dayang dari Efah Emran yang datang dari negara Brunei Darussalam. – TVS

 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan