Search
Close this search box.
Eight people in Morocco have died and dozens of others were hospitalized after drinking homemade liquor, the health ministry said on Wednesday. Photo Envato

Anggota polis maut motosikal terbabas semasa bertugas

IPOH, 18 Dis: Seorang anggota polis maut selepas motosikal ditungganginya terbabas ketika sedang menjalankan tugas di Jalan Kampung Cina Pantai Remis, Manjung dekat sini hari ini.

Mangsa yang bertugas di Balai Polis Pantai Remis disahkan meninggal dunia di Hospital Seri Manjung (HSM) kira-kira pukul 6.30 petang semasa menerima rawatan.

Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner (ACP) Mohamed Nordin Abdullah berkata, pihaknya menerima laporan kira-kira pukul 2.35 petang yang memaklumkan anggota berkenaan terbabit kemalangan apabila motosikalnya dipercayai telah terbabas sendiri.

Kata beliau, motosikal jenis Honda RS berkenaan bergerak dari arah pekan Pantai Remis menghala Kampung Cina Pantai Remis sebelum kemalangan.

“Penunggang dipercayai telah hilang kawalan semasa mengelak haiwan sebelum terbabas dan melanggar tiang Telekom Malaysia di tepi jalan.

“Mangsa telah dikejarkan ke HSM dan kemudiannya disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Wad Kecemasan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kata beliau, orang ramai yang mempunyai maklumat lanjut berhubung kejadian itu diminta menghubungi pegawai penyiasat trafik, Inspektor Wan Amiratul Syuhada Wan Zureimy di talian 011-1690 6701 bagi membantu siasatan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan