Search
Close this search box.
Salah seorang penerima Pingat Perkhidmatan Setia pada Majlis Penyampaian Pingat Perkhidmatan Setia Bahagian Sibu. Foto Lorenzo Isaac (TVS)

Abang Johari serahkan Pingat Perkhidmatan Setia Bahagian Sibu kepada 298 penerima

ByLorenzo Isaac Ak Anthony

SIBU, 18 Dis: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Abang Openg telah menyempurnakan Majlis Penyampaian Pingat Perkhidmatan Setia Bahagian Sibu di sini, hari ini.

Seramai 298 penerima daripada 13 jabatan dan agensi kerajaan negeri dan tiga Kerajaan Persekutuan terpilih menerima pingat berkenaan.

Mengetuai senarai ialah Residen Bahagian Sarikei, Micheal Ronnie Langgong yang telah berkhidmat selama 30 tahun.

Turut menerima pingat ialah Residen Bahagian Kapit yang berkhidmat selama 25 tahun, Galong Luang, Timbalan Residen Bahagian Sibu, Christopher Ranggau Unting (perkhidmatan selama 28 tahun) dan Pemangku Pengurus Besar Lembaga Pelabuhan Rajang, Hayati Kiprawi yang berkhidmat selama 31 tahun.

Sementara itu penerima yang berkhidmat melebihi 39 tahun yang turut diraikan termasuklah Setiausaha Akhbar Premier Sarawak (Pejabat Premier Sarawak), Ambrose Cheng Loi Hee, Wilbert Jampi Tinggang (Jabatan Kerja Raya Sarawak), Hendrew Uka anak Alo (Jabatan Kerja Raya Sarawak), Belaja Jagon (Jabatan Bekalan Air Luar Bandar Sarawak) Lee Ling Sang (Majlis Perbandaran Sibu), Wahap Abdul Hamid (Jabatan Kastam Diraja Malaysia) dan Ajin Balong (Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak).

Turut diiktiraf Lim Lee Tan (Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak), Dunny Tanjong (Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak), Margaret Marcus Sungum (Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak), Eday Lalla William Dumbai (Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak) dan Gapar  Mohamad @ Mohamed Uloi yang bertugas di Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak.

Majlis turut dihadiri oleh Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak, Datuk Dr Annuar Rapaee, dan Timbalan Menteri Pengangkutan (Udara dan Jalan), Datuk Dr. Jerip Susil. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan