Search
Close this search box.
Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg hadir pada Majlis Perasmian Pejabat Daerah Selangau yang baharu hari ini. Foto, TVS.

Abang Johari luluskan peruntukan pembangunan hampir RM84 juta di Tamin sejak 2018

ByLorenzo Isaac Ak Anthony

SELANGAU, 18 Dis: Pekan ini mengalami pembangunan yang ketara dalam tempoh lima tahun selama tampuk pentadbiran Gabungan Parti Sarawak (GPS) yang diketuai oleh Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tamin, Ir Christopher Gira Sambang berkata, perkembangan itu menyusul setelah lawatan kali pertama oleh Abang Johari pada 5 Mei 2018.

Impian rakyat jadi realiti, Lebuhraya Pan Borneo Sarawak dibuka sepenuhnya hujung tahun ini

Kata Chrisopher, Abang Johari ketika itu mengumumkan dan meluluskan dana untuk membina beberapa projek rakyat untuk kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tamin.

“Antara projek berkenaan termasuklah menurap tar di Jalan Pasai Siong bermula di Jalan Gravel sejauh 19 kilometer (km) dengan peruntukan RM17 juta.

“Selain itu Abang Johari turut meluluskan projek naik taraf dewan di Sekolah Kebangsaan (SK) Tong Selangau dengan kos sebanyak RM500,000 manakala pembinaan Pejabat Daerah Selangau yang baharu melibatkan kos RM5 juta, ” katanya.

Taraf hidup penduduk luar bandar bertambah baik hasil dasar GPS

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Selangau Riverfront di sini, hari ini.

Abang Johari merupakan tetamu kehormat yang menyempurnakan majlis perasmian berkenaan.

Turut hadir, Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak, Datuk Dr. Annuar Rapaee dan Ahli Parlimen Selangau, Edwin Banta.

Sementara itu Christopher Gira menambah pembangunan pesat di Selangau dan Temin juga dapat dilihat menerusi beberapa lagi peruntukan yang disalurkan oleh Kerajaan Sarawak.

Kata beliau ini termasuklah projek pembinaan Tebingan Selangau membabitkan kos RM5 juta, pembinaan Kompleks Sukan Mini Selangau (RM8 juta) dan kerja – kerja menaik taraf Jalan Bawang Kemana – Selangau yang membabitkan peruntukan RM2 juta.

“(Selain itu) Kerajaan Sarawak di bawah pimpinan Abang Johari juga meluluskan RM46.6 juta untuk menyediakan kemudahan bekalan elektrik 24 jam kepada beberapa rumah panjang di sini antaranya di Ulu Balingian, Ulu Selangau, Jalan Dijih, Ulu Mukah, Ulu Oya dan Ulu Pakoh,” katanya.

Katanya peruntukan itu telah memanfaatkan sebanyak 80 buah rumah panjang.

Sementara itu, Christopher memaklumkan, Kerajaan Persekutuan juga telah meluluskan projek pembinaan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Selangau membabitkan kos sebanyak RM88 juta dan ketika ini berada pada peringkat tender.

“Selain itu saya juga ucapkan terima kasih kerana kerajaan luluskan peruntukan membina Balai Bomba dan Penyelamat serta pusat dialisis di Klinik Kesihatan Selangau yang dijangka dalam masa terdekat,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan