Search
Close this search box.
Naib Canselor Universiti Teknologi Sarawak (UTS), Datuk Dr Khairuddin Ab Hamid menyampaikan ucapan pada Majlis Konvokesyen UTS ke-8 di Dewan Canselor Tun Abdul Taib Mahmud, UTS hari ini. Foto Lorenzo Isaac (TVS)

UTS lancar Pelan Strategik 2024, sokong misi Sarawak ke arah pendidikan percuma

ByLorenzo Isaac Ak Anthony

SIBU, 17 Dis: Universiti Teknologi Sarawak (UTS) komited menyokong usaha kerajaan negeri ke arah pendidikan tinggi percuma dan menjadi universiti teknikal bertaraf global sempena sambutan ulang tahun ke-10 penubuhannya,

Naib Canselor UTS, Datuk Dr Khairuddin Ab Hamid telah mengumumkan pelan strategik bagi tempoh 2024 hingga 2030 universiti berkenaan.

“Pelan strategik UTS ini telah dirangka sejak penubuhannya, iaitu untuk memenuhi keperluan tenaga kerja teknikal dan profesional yang berkualiti yang mampu memacu pembangunan ekonomi dalam menjadikan Sarawak sebagai sebuah negeri berpendapatan tinggi menjelang 2030.

“Seiring dengan aspirasi Kerajaan Sarawak, UTS juga memberi tumpuan kepada membina jejak globalnya dengan memanfaatkan kemajuan pesat dalam teknologi digital untuk merentasi pasaran serantau dan antarabangsa.

“Oleh itu, misi kami adalah untuk menyediakan pendidikan teknikal global melalui kerjasama strategik, sama ada di peringkat tempatan atau antarabangsa,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap di Majlis Konvokesyen UTS ke-8 di Dewan Canselor Tun Abdul Taib Mahmud, UTS hari ini.

Tegasnya lagi, usaha itu sejajar dengan Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030, yang  mana Kerajaan Sarawak memberi tumpuan kepada kemakmuran ekonomi, inklusif sosial dan persekitaran yang mampan.

“Fokus kepada pendidikan mampan dan inklusif tetap menjadi keutamaan kerajaan negeri dalam menyediakan akses percuma kepada pendidikan tinggi.

“UTS komited untuk menjadi sebahagian daripada perjalanan ini,” ujarnya lagi. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan