Search
Close this search box.
Ketua Polis Perak Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri (kanan) berkongsi kesedihan dengan Mimi Julia Ismail, 50, (kiri) ibu pelajar Mohammad Zaharif Affendi Muhd Zamrie yang maut akibat dilanggar sebuah kereta berhampiran Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jati, di kediaman keluarganya di Taman Chepor Sentosa Chemor hari ini. Foto Bernama

Suspek kes langgar pelajar didakwa esok di bawah Seksyen 302 KK – AGC

ByBernama

PUTRAJAYA, 17 Dis: Pegawai kanan polis yang disyaki terlibat dalam kes kemalangan maut membabitkan seorang pelajar lelaki berusia 17 tahun di Meru, Ipoh, Jumaat lepas akan didakwa di Mahkamah Majistret Ipoh esok di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan (KK) kerana kesalahan membunuh.

Jabatan Peguam Negara (AGC) dalam kenyataan malam ini berkata setelah penelitian dibuat terhadap hasil siasatan dan keterangan yang dikemukakan dalam kertas siasatan, pihaknya mendapati terdapat keterangan yang mencukupi untuk mendakwa pegawai berpangkat DSP itu di bawah seksyen berkenaan.

“Justeru, suspek akan dituduh secara tentatif di bawah Seksyen 302 di Mahkamah Majistret Ipoh, Perak esok. Mahkamah Majistret kemudiannya akan menetapkan tarikh untuk memindahkan kes berkenaan ke Mahkamah Tinggi Ipoh bagi tujuan perbicaraan,” menurut kenyataan itu.

Pada 15 Dis, tular di media sosial seorang pelajar lelaki maut selepas motosikal yang dinaikinya dilanggar dan diseret sebuah kereta di Jalan Taman Jati berhampiran Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jati di Meru, Ipoh, dipercayai dipandu oleh seorang pegawai kanan polis berusia 44 tahun.

Kemalangan kira-kira 12.30 tengah hari itu menyebabkan Muhammad Zaharif Affendi meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah pada bahagian dada dan abdomen.

Susulan itu, pegawai kanan polis berkenaan ditahan reman tiga hari bermula semalam bagi membantu siasatan. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan