Search
Close this search box.
Datuk Seri Anwar Ibrahim diringi Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg dan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor menghadiri Sambutan Hari Malaysia 2023 Peringkat Kebangsaan di Stadium Perpaduan, Kuching. Foto, Faitullah Morni (TVS)

Kedudukan Kerajaan Perpaduan paling stabil, terus kukuh

ByBernama

KUALA LUMPUR, 17 Dis: Kedudukan Kerajaan Perpaduan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika ini adalah yang paling stabil, kukuh dan kuat, kata Setiausaha Agung DAP Anthony Loke.

Loke berkata persefahaman dan komitmen semua gabungan parti politik dalam Kerajaan Perpaduan adalah kunci kepada kestabilan kerajaan itu yang berusia setahun pada 24 Nov lepas.

Beliau yang juga Menteri Pengangkutan berkata realiti tersebut sekali gus meranapkan dakwaan sesetengah pihak yang kononnya Kerajaan Perpaduan akan tumbang dan berlaku pertukaran kerajaan.

“Walaupun ada pelbagai cubaan pihak lawan untuk ganggu-gugat, dakwa kerajaan akan tumbang, bertukar perdana menteri…hakikatnya kerajaan sekarang pada kedudukan yang kukuh dan semua parti (dalam kerajaan) beri komitmen tertinggi kekalkan kerjasama Kerajaan Perpaduan.

“PH (Pakatan Harapan), BN (Barisan Nasional), GPS (Gabungan Parti Sarawak) dan GRS (Gabungan Rakyat Sabah) masing-masing berulang kali dengan jelas memberi komitmen menyokong kerajaan ini… kedudukan kerajaan Perpaduan setiap hari semakin kukuh, semakin kuat dan stabil ” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan perasmian Konvensyen Tahunan Negeri DAP Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, di Ibu Pejabat DAP di sini hari ini.

Loke berkata DAP juga yakin pelbagai dasar yang direncanakan Kerajaan Perpaduan dapat dilaksanakan sebaiknya, malah setiap keputusan atau rancangan yang dirangka adalah praktikal mengikut keperluan rakyat dan ekonomi negara.

Di peringkat DAP katanya, parti itu kekal bersama PH dalam menerajui pentadbiran negara dan berpegang teguh kepada prinsip sebuah negara yang progresif dan majmuk.

“Kita kekal dengan perjuangan kita terutama dalam memastikan Malaysia kekal sebagai negara yang progesif, masyarakat majmuk dan dasar yang sederhana serta tidak menjurus kepada ekstremis,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan