Search
Close this search box.
Wakil dari 13 wilayah yang hadir pada program Sidang Agung ke-16 Rumpun Silat Sarawak bagi penggal 2023-2025 di Kuching har ini. Foto TVS

RSS sedia beraksi di SUKSAR Sibu

KUCHING, 16 Dis: Rumpun Silat Sarawak (RSS) sudah bersedia untuk beraksi pada Sukan Sarawak (SUKSAR) yang akan diadakan di Sibu pada 15 Januari tahun hadapan.

Timbalan Presiden RSS, Dato Mohd Yusnar Matalie berkata, setiap wilayah telah menyediakan pasukan masing-masing dan penyertaan adalah mengikut zon utara, barat, timur dan tengah bagi kejuaraan SUKSAR pada kali ini.

Jelasnya lagi, acara ini merupakan persiapan kepada para atlet pesilat untuk ke peringkat Sukan Malaysia (SUKMA) tahun hadapan.

“Harapan kami untuk kejuaraan SUKSAR anjuran Kementerian Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak (MYSED), sudah pasti ia satu platform untuk menyediakan atlet peringkat SUKMA nanti.

“RSS sudah bersedia ke arah ini dan kita sudah membuat pemilihan awal untuk pesilat-pesilat mewakili Sarawak. SUKSAR kali ini, kita akan membuat pemilihan sekali lagi untuk memantapkan lagi pasukan yang akan mewakili negeri Sarawak pada SUKMA yang akan diadakan di Sarawak tahun hadapan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada program Sidang Agung ke-16 RSS bagi penggal 2023-2025 di sini, hari ini.

Dalam pada itu, beliau berkata, Sarawak Premier International Silat Championship bakal diadakan dua kali setahun bermula 2025.

“Seperti kejuaraan Piala Presiden, ini (SUKSAR) adalah kejuaraan yang utama dalam RSS dan kita akan berbincang kembali berkenaan dengan Sarawak Premier International yang telah dipersetujui juga untuk diadakan dwi tahunan iaitu yang akan diadakan 2025 nanti,” jelasnya lagi.

Untuk rekod, program Sidang Agung ke-16 RSS bagi penggal 2023-2025 itu dihadiri oleh 39 wakil dari 13 wilayah yang telah membentangkan sebanyak 29 usul. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan