Search
Close this search box.
ADUN Kota Sentosa, Wilfred Yap Yau Sin menyampaikan cenderamata kepada Setiausaha Politik kepada Premier Sarawak, Kho Teck Wan selepas program taklimat dan penerangan “Inisiatif dan Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030 Kerajaan Negeri Sarawak” di Kuching, hari ini. Foto: TVS
ADUN Kota Sentosa, Wilfred Yap Yau Sin menyampaikan cenderamata kepada Setiausaha Politik kepada Premier Sarawak, Kho Teck Wan selepas program taklimat dan penerangan “Inisiatif dan Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030 Kerajaan Negeri Sarawak” di Kuching, hari ini. Foto TVS

Rakyat disaran manfaat inisiatif dirancang Kerajaan Sarawak

ByAhmad Burhanuddin

KUCHING, 16 Dis: Rakyat Sarawak disaran memanfaatkan segala inisiatif yang telah dirancang kerajaan negeri dalam pelbagai aspek bagi memastikan mereka dapat menikmati kemudahan dan bantuan yang disediakan.

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Sentosa, Wilfred Yap Yau Sin, walaupun Kerajaan Sarawak telah menyediakan pelbagai inisiatif dalam membantu rakyat di negeri ini, namun kepekaan sebilangan besar rakyat terhadap perkara berkenaan masih di tahap rendah.

Sehubungan itu, Wilfred menyeru agar mereka yang mengetahui perancangan Kerajaan Sarawak membantu menyebarkannya di peringkat komuniti terutamanya di kawasan pedalaman.

“Daripada taklimat dan maklumat telah diberikan, penduduk atau peserta dalam taklimat ini akan dapat menyebarkan maklumat yang diperoleh itu ke kampung atau kawasan tempat mereka tinggal.

“Saya berharap melalui maklumat itu, rakan-rakan, keluarga atau penduduk di kawasan yang berkenaan tidak akan dikelirukan lagi dengan politik pihak pembangkang yang tidak bertanggungjawab,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui TVS selepas menyempurnakan program taklimat dan penerangan “Inisiatif dan Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030 Kerajaan Negeri Sarawak” di sini, hari ini.

Turut hadir Setiausaha-setiausaha Politik kepada Premier Sarawak, Kho Teck Wan, Angelie Stephen Raja dan Abdul Samat Gany.

Mengulas lanjut, Wilfred berkata, antara inisiatif yang kurang diketahui rakyat antaranya, inisiatif PCDS 2030, ekonomi hijau, Bantuan Kewangan Perumahan, Skim Bantuan Sewaan Perumahan dan inisiatif di bawah pimpinan Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Justeru, pihaknya juga telah merancang pelbagai program bagi menerangkan perkara berkenaan sepanjang tahun ini. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan