Search
Close this search box.
Datuk Rubiah Wang bergambar bersama semua pasukan yang mengambil bahagian dalam Pertandingan Futsal Piala Pengarah KKDW Negeri Sarawak Tahun 2023 di Arena Tun Tuanku Haji Bujang, Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) hari ini. Foto: Regina Lee (TVS)

Pertandingan wadah pembudayaan sukan untuk penjawat awam – Rubiah

KOTA SAMARAHAN, 16 Dis: Pertandingan dalam kalangan penjawat awam dapat menjadi wadah kepada pembudayaan sukan, selain meningkatkan kecergasan dan kesihatan masing-masing.

Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW), Datuk Rubiah Wang berkata, pertandingan sukan merupakan platform melahirkan bakat-bakat baharu serta mengeratkan lagi hubungan silaturrahim.

“Pertandingan sebegini merupakan medium untuk kita mantapkan lagi hubungan, kerjasama dan persefahaman antara satu sama lain bagi memastikan tugas dan pelaksanaan kerja menjadi mudah dan cepat pada masa akan datang.

“Kita juga dapat melahirkan bakat-bakat baharu yang boleh mewakili kementerian di semua peringkat seperti daerah dan negeri di samping memupuk semangat kesukanan dan tingkatkan tahap kesihatan,” katanya ketika berucap di Majlis Perasmian Penutupan Pertandingan Futsal Piala Pengarah KKDW Negeri Sarawak Tahun 2023 di Arena Tun Tuanku Haji Bujang, Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) hari ini.

Ahli Parlimen Kota Samarahan itu berkata, pertandingan begini perlu dinormalisasikan dalam kalangan penjawat awam kerana menurutnya, sumbangan penjawat awam bukan sahaja terhadap tugas di galas semata-mata namun boleh disumbang dalam bidang lain khususnya sukan.

“Sebagai penjawat awam, tanggungjawab utama kita bukan terhadap kerja semata-mata, kita juga perlukan masa rekreasi untuk santai bersama dalam membentuk budaya yang lebih sihat.

“Kita bukan sahaja mahu melihat bakat-bakat yang ada dalam kalangan penjawat awam, kita hendak pupuk bakat tersebut kerana apabila kita melangkah ke alam pekerjaan, aktiviti rekreasi sebegini semakin jarang dipraktikkan,” katanya.

Pertandingan Futsal Piala Pengarah KKDW Negeri Sarawak Tahun 2023 itu julung kali diadakan dan menyaksikan penglibatan daripada pelbagai agensi kerajaan dan rakan strategik seperti Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA), Bank Rakyat dan Jabatan Kerja Raya (JKR). -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan