Search
Close this search box.
Pengerusi LKIM, Muhammad Faiz Fadzil (tiga kanan) melakukan lawatan di projek akuakultur PNK Satang Biru, Telaga Air, Kuching. Foto TVS

LKIM galak PNK di negara ini berdikari

KUCHING, 16 Dis: Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) mahukan Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) di seluruh Malaysia menjadi sebuah persatuan yang berdikari dengan mengambil langkah baharu bagi merealisasikan impian menjadi sebuah persatuan yang berdaya maju dalam bidang akuakultur.

Pengerusi LKIM, Muhammad Faiz Fadzil berkata, PNK digalakkan membuat pinjaman bank berlesen di bawah Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) melalui Agrobank.

Jelasnya, pihaknya juga tidak ketinggalan dalam memberi sumbangan dana, peralatan dan sebagainya namun PNK yang mengusahakan perkembangan taraf sosial ekonomi nelayan dengan menjalankan perniagaan mereka dengan hala tuju mereka sendiri.

“Saya menggalakkan PNK untuk membuat pinjaman bagi mendidik persatuan ini menjadi lebih berdikari iaitu membuat pinjaman di bawah KPKM melalui Agrobank sebagai agensi kepada modal pusingan dan sebagainya. Saya mahu PNK menjadi persatuan yang berani dalam perniagaan.

“Sebagai contoh, di PNK Satang Biru ini, mereka boleh melibatkan nelayan di sekitar kawasan ini untuk terlibat dalam pemasaran, pekerjaan dan sebagainya. Kita juga ada memberi bantuan peralatan dan sebagainya kepada PNK bagi mendorong mereka menjadi lebih maju lagi,” ujarnya ketika ditemui media pada lawatan projek akuakultur PNK Satang Biru, Telaga Air, Kuching petang semalam.

Tambahnya, PNK perlu menjalinkan kerjasama dengan pihak syarikat swasta bagi mengatasi masalah kekurangan tenaga mahir, teknikal dan sebagainya.

Dalam pada itu, beliau turut menyokong usaha PNK Satang Biru bagi menternak udang harimau dan udang putih bagi memenuhi keperluan bekalan udang sebanyak 150 tan metrik setahun susulan pasaran udang di Sarawak yang agak terhad.

“Di PNK Satang Biru ini kita menternak udang harimau dan udang putih dan keperluan juga cukup banyak, cukup tinggi hampir 150 metrik tan setahun. Hal ini kerana memang pasaran udang di Sarawak ini agak terhad berbanding pembekalnya, jadi kita di sini mengeksport udang-udang ini ke luar,” katanya.

Selain itu, bagi mengatasi masalah berkaitan dengan kenaikan harga bekalan ikan, LKIM telah menubuhkan hampir 139 pasar nelayan di Malaysia agar rakyat boleh memperoleh bekalan ikan dengan harga yang murah. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan