Search
Close this search box.
Barang terlarang yang dirampas polis semasa suspek ditahan di Miri malam tadi. Foto IPD Miri

Lelaki ditahan disyaki miliki barang terlarang bernilai lebih RM111,000

MIRI, 16 Dis: Polis menahan seorang lelaki selepas dipercayai memiliki dadah jenis syabu seberat 1,847.78 gram dan barang terlarang lain bernilai RM111,663 di sini, malam tadi.

Penganggur berusia 43 tahun itu diberkas pasukan narkotik dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak dalam satu serbuan pada jam 10.10 malam.

Ketua Polis Daerah Miri, Asisten Komisioner (ACP) Alexson Naga Chabu berkata, suspek juga disyaki terlibat dalam aktiviti pengedaran dadah di sekitar bandaraya ini.

“Dalam serbuan itu, pasukan polis menemui dadah jenis ketamin, pil ekstasi dan syabu semasa melakukan pemeriksaan di sebuah rumah.

“Suspek yang merupakan warga tempatan bersama kesemua barang kes telah dibawa ke Balai Polis Miri untuk siasatan dan tindakan lanjut,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, katanya pasukan serbuan turut menyita sebuah kereta yang dianggarkan bernilai RM20,000 dalam operasi tersebut.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952. Jika disabitkan kesalahan boleh dihukum gantung sampai mati atau jika tidak dihukum mati, boleh dipenjara seumur hidup dan dikenakan sebatan tidak kurang 12 kali,” jelasnya.

Tambahnya, suspek telah dibawa ke Mahkamah Miri untuk permohonan perintah reman bagi membantu siasatan kes. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan