Search
Close this search box.
ADUN Satok, Datuk Ibrahim Baki mengedarkan Christmas Cookies dan kad ucapan Krismas kepada penduduk setempat yang sedang menjamu selera di salah sebuah kedai makan di Jalan Rubber, Satok, hari ini. Foto TVS

COVID-19: Ambil langkah berjaga-jaga ketika perayaan Krismas

KUCHING, 16 Dis: Orang ramai dinasihat mengambil langkah berjaga-jaga ketika musim perayaan Krismas dan tahun baru ini susulan terdapat peningkatan kes pandemik COVID-19 di seluruh negara ketika ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Satok, Datuk Ibrahim Baki berkata, sekiranya terdapat simptom COVID-19, individu terlibat perlu segera menjalani pemeriksaan, selain melakukan tindakan pengasingan atau kuarantin kendiri.

“Kita harus berjaga-jaga kerana COVID-19  merebak dengan cepat, jaga juga jarak kita ketika berhadapan atau berada di tempat ramai orang.

“Sekiranya terdapat simptom seperti batuk-batuk atau mana-mana yang berkaitan dengan COVID-19 segeralah buat pemeriksaan atau pergi terus ke hospital,” katanya ketika ditemui selepas menyertai program pengagihan Christmas Cookies anjuran SUPP Satok di sini, hari ini.

Sempena program itu beliau menyantuni rakyat di Jalan Rubber dan mengagihkan biskut kepada penduduk setempat, selain turut beramah mesra dengan pengunjung dan peniaga di kedai-kedai makan sekitar kawasan berkenaan.

“Program ini merupakan salah satu daripada program di DUN Satok menjadi platform untuk merapatkan hubungan sesama masyarakat yang berbilang kaum di kawasan DUN ini.

“Kita di Sarawak ini, walaupun berbagai bangsa, budaya dan agama namun kita sentiasa hidup dalam keadaan harmoni,” katanya.

Sebanyak 200 Christmas Cookies diedarkan kepada orang ramai di sekitar Jalan Rubber sempena  program itu.

Terdahulu, Menteri Kesihatan Malaysia (KKM), Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad pada Jumaat mengumumkan kementerian akan mengeluarkan arahan pelaksanaan dos penggalak ketiga vaksin COVID-19 berikutan peningkatan kes baharu yang dilaporkan sejak akhir-akhir ini di seluruh negara.

Pelaksanaan tersebut akan melibatkan golongan rentan iaitu pesakit kronik dan warga emas yang lebih berisiko untuk dijangkiti.

KKM pada Rabu lalu turut memaklumkan bilangan jangkitan COVID-19 pada Minggu Epidemiologi ke-49 (ME 49/2023) meningkat dua kali ganda berbanding sebelumnya menyaksikan 12,757 kes direkodkan berbanding 2,796 pada ME 48. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan