Search
Close this search box.
Faiz Fadzil berkata kuarters itu bertujuan menjaga kebajikan anak kapal khususnya tenaga buruh asing agar mempunyai ruang penginapan lebih selesa. Foto TVS

LKIM cadang bina kuarters anak kapal di Pelabuhan Perikanan Tanjung Bako

KOTA SAMARAHAN, 15 Dis: Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) bercadang menjadikan Pelabuhan Perikanan LKIM Tanjung Bako (PPLTB) sebagai pelabuhan tempatan Malaysia pertama mempunyai kuarters kediaman untuk anak kapal.

Pengerusi Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia, Faiz Fadzil berkata kuarters itu bertujuan menjaga kebajikan anak kapal khususnya tenaga buruh asing agar mempunyai ruang penginapan lebih selesa.

“Pekerja asing ini secara harfiahnya, mereka tinggal dalam bot makan dalam bot, mandi dalam bot dan tidur dalam bot kerana mereka tidak boleh meninggalkan jeti.

“Kita sedang usahakan permohonan tanah tambahan supaya kita boleh membenarkan pengusaha-pengusaha kapal  membina hostel pekerja untuk memulihkan pekerja mereka ada rumah yang lebih selesa,” katanya pada sidang media sempena lawatan ke Pelabuhan Perikanan LKIM Tanjung Bako di sini, hari ini.

Tambah Faiz, mengenai cadangan tersebut kini dalam proses kelulusan permohonan dan dokumentasi.

Pembinaan kuaters tersebut sebagai inisiatif menangani aduan pemilik-pemilik vessel dalam menjaga kebajikan anak kapal (pekerja asing) selain mengurangkan risiko kekurangan pekerja kapal.

Selain itu, kekurangan sumber tenaga kerja menjejaskan kesan terhadap sumber dapatan ikan akibat kurangnya minat pekerja tempatan dalam sektor pekerjaan 3D (kotor, bahaya dan sukar).

Setakat ini katanya, Sarawak mempunyai 1,343 orang pekerja asing (anak kapal) manakala seramai 870 orang dicatatkan di Kuching. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan