Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Sempena sambutan Krismas, YSH Motors Trading mengadakan promosi jualan “Big Sale; Lagi Murah, Lagi Kualiti”. Foto Zaim Zharfan (TVS)

‘Deal sampai jadi’ dengan YSH Motors Trading

ByAhmad Burhanuddin

KUCHING, 15 Dis: Sempena perayaan Krismas, syarikat penjual kereta terpakai, YSH Motors Trading mengadakan promosi jualan “Big Sale; Lagi Murah, Lagi Kualiti” kepada pelanggannya.

Syarikat itu menawarkan pelbagai jenis kenderaan dengan harga yang berpatutan melalui promosi jualan yang sedang berlangsung.

‘Deal sampai jadi’ dengan YSH Motors Trading

Wakil jualan YSH Motors Trading Cawangan Kuching Batu 3, Teo Eng Jui berkata, pihaknya sentiasa memastikan harga kereta yang ditawarkan memuaskan hati pelanggan.

Wakil jualan YSH Motors Trading Cawangan Kuching Batu 3, Teo Eng Jui. Foto Zaim Zharfan (TVS)

“Memiliki kereta mewah bukan sekadar impian, kita ‘deal’ sampai jadi. Kami sekarang ada tawaran Krismas untuk kereta seperti Mercedes-Benz, Proton Perdana dan lain-lain,” katanya kepada TVS.

Mengulas lanjut, Eng Jui berkata, YSH sentiasa menitikberatkan kualiti sebelum menjual kereta terpakai kepada pelanggan termasuk pemeriksaan rangka kereta, enjin, bahagian bawah dan dalaman kereta, serta semakan insurans untuk memastikan kereta tersebut layak berada di atas jalan raya.

Sementara itu, menurut seorang lagi wakil jualan YSH Motors Trading Cawangan Kuching Batu 3, Roland Chee, terdapat lebih 500 kenderaan tersedia untuk pilihan pelanggan.

Wakil jualan YSH Motors Trading Cawangan Kuching Batu 3, Roland Chee. Foto Zaim Zharfan (TVS)

“Kami juga menyediakan tawaran hebat untuk Range Rover and Nissan Juke. Selain itu, kami turut menyediakan lebih 500 unit (kenderaan) stok sedia ada di cawangan-cawangan seperti Batu 3, Jalan Tun Jugah, Jalan Wan Alwi, Kota Samarahan and Miri,” katanya.

Tambah Roland, iklan yang diletakkan di media sosial merupakan harga tetap dan akhir ketika proses jual beli dan YSH tiada meletakkan sebarang caj tersembunyi.

Sebelum ini, YSH turut menawarkan pelbagai kelebihan kepada pelanggan yang membeli kereta dari syarikat berkenaan, termasuk jaminan 100 hari untuk setiap pembelian dan juga proses jual beli yang mudah kepada pelanggan yang berada di luar Kuching.

Kini, YSH Motors Trading mempunyai lima cawangan di sekitar Kuching, Samarahan dan Miri, yang menjual kenderaan terpakai dengan harga yang berpatutan dan mampu milik. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan