Search
Close this search box.
Dato Mancha Ata berkata polis Sarawak bersedia menghadapi sebarang kemungkinan banjir sepanjang Monsun Timur Laut. Foto: TVS

Tengkujuh: 1,335 aset dan 1,262 anggota polis Sarawak sedia digerak

KUCHING, 14 Dis: Polis Sarawak telah bersedia menghadapi sebarang kemungkinan banjir dan bencana sepanjang Monsun Timur Laut (MTL).

Pesuruhjaya Polis Sarawak, Dato Mancha Ata berkata 1,335 aset polis sedia diaturgerak di seluruh negeri yang terdiri daripada 348 aset di darat, laut dan sungai (832), udara (11) dan aset sokongan 144 unit melibatkan khemah dan genset.

“PDRM Kontinjen Sarawak juga telah menyertai lima siri latihan simulasi banjir sebagai persiapan awal menghadapi bencana banjir,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Selain itu, katanya seramai 1,262 orang pegawai dan anggota daripada pelbagai jabatan serta daerah bersiap siaga pada bila-bila masa jika khidmat mereka diperlukan.

“Kita juga nasihatkan penduduk yang tinggal di kawasan rendah dan terdedah dengan risiko banjir agar bersiap sedia termasuk menyimpan dokumen penting mereka.

“Penduduk juga perlu sentiasa peka dengan amaran awal banjir dan berpindah dengan kadar segera sekiranya mendapat arahan,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan