Search
Close this search box.
Datuk Amar Douglas Uggah Embas melakukan lawatan tapak projek pembinaan jalan penghubung baharu Ulu Paku/Jalan Ulu Kota di Spaoh, hari ini. Foto MIPD

Sarawak lulus peruntukan RM247 juta pendekkan jarak perjalanan Betong-Pakan

KUCHING, 14 Dis: Kerajaan Sarawak telah memperuntuk RM247 juta untuk pembinaan jalan penghubung baharu iaitu Ulu Paku/Jalan Ulu Kota di Spaoh yang akan memendekkan jarak perjalanan di antara Betong dan Pakan.

Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata pembinaan jalan sepanjang 20 kilometer itu yang akan memiliki jalan susur dari Lebuhraya Pan Borneo dijangka siap pada Januari 2027.

“Menggunakan jalan ini akan memendekkan jarak perjalanan kira-kira 50 kilometer di lebuh raya antara pekan Betong dan Sarikei,” menurutnya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata pembinaan jalan itu ketika ini adalah pada tahap 4.4 peratus atau 44 hari lebih awal daripada jadual.

Uggah, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Saban, berkata jalan itu akan melalui kawasan pedalaman Bukit Saban, Krian dan Pakan.

Beliau berkata Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg telah meluluskan peruntukan bagi projek jalan raya itu di bawah pakej Jalan Utama Kedua negeri.

Terdahulu, Uggah bersama ADUN Pakan Tan Sri William Mawan Ikom dan ADUN Krian Friday Belik mengadakan lawatan tapak bagi memantau kemajuan pembinaan jalan raya itu. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan