Search
Close this search box.
Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan bersama Jonathan Peter Marland di London.

Sarawak intai lebih banyak kerjasama dagangan dan pelaburan dengan United Kingdom

LONDON, 14 Dis: Nilai perdagangan Sarawak dengan United Kingdom (UK) meningkat kepada RM150.7 juta pada tahun lepas berbanding RM74.9 juta pada 2021.

Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, nilai dagangan itu merupakan sebahagian daripada RM17.57 bilion dicatat Malaysia pada tahun lepas dan RM17.18 bilion pada 2021.

“Banyak peluang dapat diteroka bagi meningkatkan dagangan barangan dan perkhidmatan membabitkan Sarawak da United Kingdom,” katanya menerusi kenyataan media, hari ini.

Selain aktiviti dagangan, jumlah pelaburan United Kingdom di Sarawak dalam tempoh 2013 hingga 2023 ialah RM345 juta, kebanyakannya industri petrokimia dan gas.

Awang Tengah yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa, Industri dan Pelaburan (MINTRED) berada di sini yang antara lain mengadakan pertemuan dengan Pengerusi Majlis Perusahaan dan Pelaburan Komanwel Jonathan Peter Marland.

Antara fokus utama kerajaan Sarawak adalah bagi membincangkan kepentingan bersama antara Sarawak dan United Kingdom, terutamanya dalam pelaburan dan perdagangan.

“Kerajaan Sarawak menyampaikan jemputan kepada Marland untuk melawat Sarawak bagi meneroka lebih lanjut potensi kerjasama ini,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan