Search
Close this search box.
Hamel Flagship Kuching memperkenalkan teknologi baharu dalam pewarnaan tingkap dan filem perlindungan cat (PPF) kereta di Sarawak. Foto TVS

Penjagaan kereta terbaik bersama Hamel Flagship Kuching

ByAhmad Azlan Shah

KUCHING, 14 Dis: Hamel Flagship Kuching, syarikat francais tunggalnya di sini telah memperkenal teknologi baharu dalam pewarnaan tingkap dan filem perlindungan cat (PPF) kereta di Sarawak.

Ketua Pegawai Operasi 1StopTintHub Sdn Bhd, Kevin Law berkata produk jenama Malaysia itu menggunakan teknologi dari Jepun dan menawarkan harga mampu milik yang terbaik untuk para pelanggan.

Teknologi tersebut membolehkan pewarnaan tingkap menjadi gelap dalam persekitaran terang dan cerah dalam persekitaran yang gelap, memberikan ciri yang unik dan menarik.

Ketua Pegawai Operasi 1StopTintHub Sdn Bhd, Kevin Law ketika ditemui TVS. Foto TVS

“Salah satu titik penjualan paling penting, titik penjualan unik, ialah kromik semula jadi. Ini bermaksud jika anda memiliki ‘tinted’ kereta ini, apabila persekitaran luar sangat terang, ‘tinted’ itu akan menjadi gelap,” katanya pada Majlis Pembukaan Hamel Kuching pada Rabu.

Tambahnya lagi, selain dari pewarnaan tingkap dan PPF, fokus nya juga melibatkan rawatan kecantikan kereta, termasuk cuci premium dan salutan.

“Pada masa sama, kami menumpukan sepenuh perhatian kepada pengalaman pelanggan, kecemerlangan pelanggan dan lingkaran kecemerlangan.

“Kami mahu pelanggan mendapat nilai terbaik untuk wang mereka dan dengan jaminan, kami ingin setiap pelanggan menjadi rujukan perniagaan kami,” jelasnya.

Majlis Pembukaan Hamel Kuching pada Rabu. Foto TVS

Beliau berkata lagi, pihaknya amat mengalu-alukan pertanyaan dan menggalakkan orang awam untuk berkunjung ke premisnya tanpa sebarang komitmen.

“Kami akan cuba sedaya upaya untuk menerangkan kepada anda mengenai produk kami, perkhidmatan kami. Kami akan membimbing anda dengan kepakaran teknikal kami.

“Dan jika anda berpuas hati, anda boleh mendaftar dengan kami,” katanya.

Dalam pada itu, Hamel HQ sudah wujud selama 10 tahun di Semenanjung Malaysia dan membuktikanya sebagai peneraju pasaran dengan 11 cawangan dan Hamel Flagship Kuching merupakan cawangan kelapan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan