Search
Close this search box.
Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi, Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi berucap semasa Majlis Penyampaian Sijil Profesionalisme Imam Sarawak (SPIS) dan Sijil Profesionalisme Pengurusan Masjid Sarawak (SPPMS) Tahun 2023 di Kuching pada Rabu. Foto: TVS

SPIS dan SPPMS lahirkan pengurusan masjid produktif di Sarawak

KUCHING, 13 Dis: Pelaksanaan Sijil Profesionalisme Imam Sarawak (SPIS) dan Sijil Profesionalisme Pengurusan Masjid Sarawak (SPPMS) mampu melahirkan pengurusan masjid yang produktif di Sarawak.

Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi, Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi berkata, pelaksanaan SPIS dan SPPMS juga penting bagi mengurus dan mengimarahkan masjid.

Melalui pelaksanaannya, fungsi sebenar masjid kata beliau dapat direalisasikan dan seterusnya membolehkan syiar Islam terus berkembang.

“Melalui pengurusan yang cekap, berkesan serta berintegriti, masjid akan menjadi lebih dekat dengan masyarakat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penyampaian SPIS dan SPPMS 2023 di sini hari ini.

Untuk rekod, SPIS dan SPPMS merupakan usaha bersama membabitkan Majlis Islam Sarawak (MIS) dan Institut Kemahiran Islam Malaysia Sarawak (IKMAS) bagi meningkatkan tahap profesionalisme imam dan ahli jawatankuasa masjid dan surau di Sarawak secara berperingkat.

Seramai 41 orang imam lantikan MIS dan 61 ahli jawatankuasa pengurusan masjid menerima sijil berkenaan. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan

No data was found