Search
Close this search box.
Dato Sri Fatimah Abdullah menyokong pelantikan Fadillah sebagai menteri yang bertanggungjawab terhadap Hal Ehwal Sabah dan Sarawak. Foto, Mohammad Raffiq (TVS).

Sarawak terkedepan dalam ekonomi hijau, perlantikan Fadillah tepat – Fatimah

ByLorenzo Isaac Ak Anthony

KUCHING, 13 Dis: Pelantikan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof untuk menerajui Kementerian Peralihan Tenaga dan Daya Guna Awam merupakan keputusan yang tepat.

Menteri Pembangunan Wanita, Kanak – Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak, Dato Sri Fatimah Abdullah berkata, ini kerana Fadillah mempunyai pemahaman yang mendalam terhadap bidang berkenaan memandangkan Sarawak merupakan wilayah yang terkedepan dalam bidang berkenaan.

Lima menteri, lima timbalan menteri baharu dalam Kabinet Kerajaan Perpaduan

Kata beliau, kemajuan Sarawak dalam sektor ekonomi hijau sangat penting wajar diiktiraf oleh Kerajaan Persekutuan menerusi perlantikan berkenaan.

“Portfolio baharu Fadillah bertepatan kerana beliau merupakan orang Sarawak dan memahami keadaan di Sarawak di bawah kepimpinan Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg yang menjadi pelopor dalam bidang tenaga hijau,” katanya menerusi kenyataan media.

Lima menteri, lima timbalan menteri baharu dalam Kabinet Kerajaan Perpaduan

Menerusi rombakan Kabinet yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam, Fadillah yang sebelum ini merupakan Menteri Perladangan dan Komoditi diberi peranan menerajui Kemneterian Peralihan Tenaga dan Daya Guna Awam yang merupakan kementerian baharu.

Fadillah turut bertanggungjawab menjaga Hal Ehwal Sabah dan Sarawak.

Lima menteri, lima timbalan menteri baharu dalam Kabinet Kerajaan Perpaduan

Mengulas lanjut, Fatimah berkata, pemahaman yang dimiliki Fadillah sangat penting apabila Kerajaan Persekutuan melaksanakan undang-undang berkaitan, ia memerlukan pertimbangan terhadap kepentingan Sarawak.

Sementara itu, Fatimah turut menyokong pelantikan Fadillah sebagai menteri yang bertanggungjawab terhadap Hal Ehwal Sabah dan Sarawak.

“Saya berharap Fadillah akan melindungi kepentingan Sarawak seperti yang termaktub dalam Perjanjian Malaysia (MA63) 1963,” tambahnya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan