Search
Close this search box.
Datuk Dr Abdul Rahman Ismail mewakili Premier Sarawak merasmikan Seminar Industri Nanas Sarawak 2023 di sini hari ini. Foto, TVS.

Sarawak sasar kawasan tanaman nanas seluas 20,000 hektar menjelang 2030 – Abang Johari

KUCHING, 13 Dis: Kerajaan Sarawak menyasarkan untuk mewujudkan kawasan penanaman nanas seluas 20,000 hektar menjelang 2030.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, ini akan menghasilkan pengeluaran nanas yang mampu memenuhi pelbagai segmen termasuk dipasarkan secara segar atau dijadikan produk hiliran dan eksport.

Pesta Nanas dan Buah-Buahan Sarikei, semarak ekonomi penjaja kecil

Kata beliau, menjelang penghujung 2025, Sarawak disasarkan untuk mencapai pertambahan kawasan seluas 1,200 hektar dan peningkatan pendapatan pengusaha nanas kepada RM8,000 sebulan.

“Ini turut melibatkan peningkatan produktiviti pengeluaran tanaman daripada 40 tan metrik kepada 50 tan metrik sehektar,” katanya.

Nanas diberi perhatian dalam industri pertanian Sarawak

Beliau berkata demikian menerusi teks ucapan yang dibacakan oleh Timbalan Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak, Datuk Dr Abdul Rahman Ismail pada perasmian Seminar Industri Nanas Sarawak 2023 di sini hari ini.

Sementara itu Abang Johari berkata, sejak Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM) beroperasi di Sarawak pada 2010, kawasan seluas kira-kira 3,000 hektar telah dibangunkan dengan tanaman berkenaan.

Pesta Nanas dan Buah-Buahan Sarikei, semarak ekonomi penjaja kecil

Usaha itu katanya wajar diteruskan malah dipergiatkan dengan kerjasama agensi pertanian berkaitan.

“(Selain itu) telah terbukti ia mampu meningkatkan taraf sosioekonomi rakyat yang terlibat dalam industri nanas dengan pendapatan RM5,000 sebulan,” katanya.

Abang Johari berkata, beliau turut yakin industri nanas di Sarawak mempunyai potensi yang sangat cerah untuk terus berkembang dan hasilnya akan dinikmati oleh pelbagai pihak. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan