Search
Close this search box.
Hak mengedar gas memasak di Sarawak diserahkan kepada PETROS bermukla 1 Disember 2023. Foto: Byron (TVS).

Sarawak pertahankan hak autonomi dalam urusan pengedaran gas memasak

KUCHING, 13 Dis: Lesen pengedaran silinder gas petroleum cecair (LPG) MyGaz Sdn Bhd (MyGaz) di Sarawak tidak diperbaharui selepas 30 November bagi melindungi hak Sarawak memandangkan syarikat berkenaan dimiliki syarikat dari Thailand sebanyak 70 peratus.

Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Dr Sim Kui Hian yang berkata demikian menambah, Kerajaan Sarawak tidak menamatkan kontrak pengedaran MyGaz pada 2016 kerana jika berbuat demikian, kerajaan perlu membayar pampasan berbanding menunggu kontrak tamat pada 30 November 2023.

Datuk Amar Dr Sim Kui Hian pada Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang, Kementerian Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan di Kuching, malam tadi. Foto: TVS.

“Kenapa kita hentikan MYGAZ, sebab MYGAZ  70 peratus dimiliki Thailand. Di mana autonomi kita?,” katanya berucap pada Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Kementerian Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan di sini, malam tadi.

MyGaz merupakan anak syarikat Thailand’s Siamgas and Petrochemical Co Ltd yang beroperasi di Malaysia.

Mulai 1 Disember yang lepas, hak pengedaran LPG diberikan kepada PETROSNiaga Sdn Bhd (PETROS) selepas rang undang-undang pindaan Pengagihan Gas diluluskan di Dewan Undangan Negeri Sarawak pada 21 November.

Dr Sim berkata lagi, tidak wujud monopoli dalam pengedaran LPG oleh PETROS, namun ia sejajar dengan pelaksanaan hak Sarawak seperti terkandung dalam Ordinan Pengagihan Gas 2016.

Sarawak berhak menggunakan autonomi ordinan pengagihan gas petroleum cecair (LPG) dalam mengukuhkan hak dan kawal selia ke atas minyak dan gas negeri.

Baru-baru ini, Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Dato Sri Julaihi Narawi berkata susulan itu bermula 1 Disember 2023, pengedaran silinder LPG dikendalikan PETROS dengan kerjasama PETRONAS.

“Ia adalah kerjasama PETROS iaitu syarikat tempatan dan PETRONAS, sebuah syarikat minyak dan gas negara. Ia bukan PETROS sahaja.

“Mereka juga bekerjasama dengan Senari Energy dan pihak lain di mana banyak lagi syarikat lain menjadi pihak berkepentingan di dalamnya,” katanya dipetik menerusi laporan media. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan