Search
Close this search box.
Sarawak Metro Sdn Bhd (Sarawak Metro) menerima Anugerah Pencapaian Kualiti 2023 (Kategori Emas) daripada Persatuan Eropah bagi Penyelidikan Kualiti (ESQR).

Sarawak Metro raih anugerah dari Persatuan Eropah

KUCHING, 13 Dis: Sarawak Metro Sdn Bhd (Sarawak Metro) baru-baru ini menerima Anugerah Pencapaian Kualiti 2023 (Kategori Emas) daripada Persatuan Eropah bagi Penyelidikan Kualiti (ESQR).

Sarawak Metro dalam kenyataannya hari ini memaklumkan ia adalah bukti komitmen syarikat itu ke arah kecemerlangan dalam perkhidmatan dan pengurusan selepas kejayaannya memperoleh tiga sijil ISO pada tahun ini iaitu Sistem Pengurusan Kualiti ISO 9001:2015, Sistem Pengurusan Alam Sekitar ISO 14001:2015, dan Sistem Pengurusan Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan ISO 45001:2018.

Menurut kenyataan itu anugerah dan sijil yang diterima tahun ini akan menguatkan lagi iltizam untuk terus meningkatkan kualiti dan menambah baik serta meletakkan penanda aras lebih tinggi bagi projek Sistem Pengangkutan Bandar Kuching (KUTS).

Ketua Pegawai Eksekutif Sarawak Metro Mazli Mustaffa menerusi kenyataan sama menegaskan pengiktirafan itu memperkukuh komitmen Sarawak Metro untuk terus cemerlang.

“Ketika kita akan melangkah ke 2024, anugerah ini memberi insipirasi untuk meningkatkan lagi tahap kita bagi memenuhi harapan tinggi pihak berkepentingan.

“Anugerah terbaharu ini mendorong kami untuk terus berinovasi dan menambah baik bukan sahaja untuk mengekalkan tetapi juga meningkatkan kualiti perkhidmatan kami, membuktikan bahawa masih ada ruang untuk terus berkembang dan cemerlang,” katanya.

Sarawak Metro, yang merupakan anak syarikat milik penuh Perbadanan Pembangunan Ekonomi Negeri Sarawak (SEDC), telah diberi kepercayaan oleh kerajaan negeri sebagai pemaju, pengendali dan penyelenggara projek KUTS.

Objektif utama projek KUTS adalah untuk mengubah sistem pengangkutan awam dan mengurangkan kesesakan lalu lintas di Kuching, dengan tulang belakang projek ialah pengenalan kenderaan Autonomous Rapid Transit (ART) berkuasa hidrogen dengan pelepasan karbon sifar. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan