Search
Close this search box.
Gambar fail menunjukkan Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg melakukan lawatan kerja di Kapit pada 2019. Foto, TVS.

RISDA peruntuk RM5.5 juta laksana pembangunan di Kapit – ADUN Pelagus

KAPIT, 13 Dis: Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) telah memperuntukkan RM5.5 juta, untuk melaksanakan beberapa program pembangunan di Bahagian Kapit sepanjang tahun 2023.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelagus Wilson Nyabong Ijang berkata program pembangunan tersebut, merangkumi Program Bantuan Tanam Semula, Program Produktiviti Pemasaran, Program Pembangunan Usahawan dan Program Agromakanan, bagi meningkatkan pendapat pekebun kecil getah.

Beliau berkata RISDA, memberikan fokus kepada bantuan tanam semula getah melalui Program Tanam Semula Getah ke Getah (TSGG), dan Program Sokongan dan Bekalan Input Pertanian.

Berucap merasmikan Program Pekebun Kecil Makmur di Rumah Juin, Lepong Balleh di sini hari ini, beliau meminta penduduk yang mengusahakan getah untuk lebih proaktif dan jujur, dalam memastikan hasil getah mereka menepati standard kualiti pasaran semasa.

“Kita selalu dengar pembeli getah mengadu tentang produk getah mengandungi bendasing, sehingga menjejaskan kualiti getah. Jadi akhirnya pembeli, membeli dengan harga lebih rendah, kerana proses mengasingkannya melibatkan kos, sehingga pekebun kecil sendiri yang mengalami kerugian atas kecuaian mereka,” katanya.

Sementara itu Pegawai RISDA Bahagian Kapit Mensan Belayong berkata agensi itu, telah berjaya mengusahakan tanah seluas 2,075.78 hektar untuk program pembangunan, yang melibatkan 1,103 pekebun kecil.

Pada tahun ini, 300 pekebun kecil telah menyertai program tanaman semula melibatkan keluasan 450 hektar di sekitar Kapit, Song, Sungai Asap dan Belaga. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan