Search
Close this search box.
Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg bersama para pemimpin Gabungan Parti Sarawak (GPS) pada Majlis Lan Berambeh Anak Sarawak di Kuala Lumpur, baru-baru ini. Foto: Jabatan Premier Sarawak

Prestasi cemerlang pemimpin Sarawak kekalkan mereka dalam Kabinet Persekutuan

ByLuqman Muhammad

KUCHING, 13 Dis: Prestasi cemerlang yang ditunjukkan menteri dan timbalan menteri dari Sarawak dalam melaksanakan tanggungjawab di peringkat Persekutuan terbukti apabila mereka dikekalkan dalam barisan Kabinet yang dirombak semalam.

Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata sudah pasti Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memantau prestasi dan membuat penilaian setiap anggota Kabinet dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab.

“Kalau ada sekalipun rungutan daripada masyarakat saya percaya mereka akan digugurkan,” katanya ketika diminta mengulas mengenai rombakan Kabinet Persekutuan di sini, hari ini.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof pula diberikan tanggungjawab menerajui Kementerian Peralihan Tenaga dan Daya Guna Awam – satu kementerian baharu yang sejajar dengan hala tuju negara yang kini giat meneroka tenaga baharu.

Rombakan Kabinet itu menyaksikan jumlah Ahli Jemaah Menteri meningkat daripada 28 kepada 31, manakala Timbalan Menteri meningkat daripada 27 kepada 29 sekali gus jumlah keseluruhan anggota pentadbiran Kerajaan Perpaduan kini adalah 60 orang.

Ia turut menyaksikan pelantikan, masing-masing, lima menteri dan timbalan menteri, termasuk empat muka baharu dan penampilan semula lima bekas menteri dalam rombakan Kabinet Kerajaan Perpaduan.

Anwar menjelaskan, penyusunan semula kementerian berdasarkan keperluan semasa melibatkan Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim yang kini dipecahkan kepada Kementerian Peralihan Tenaga dan Daya Guna Awam serta Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan