Search
Close this search box.
Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah pada sidang media di Kompleks Tun Jugah, Kuching pada hari ini. Foto: TVS

Persekitaran Sarawak yang selamat tarik penyertaan S-MM2H -Abdul Karim

KUCHING, 13 Dis: Program Sarawak-Malaysia Rumah Keduaku (S-MM2H) terus mendapat sambutan menggalakkan daripada warga asing, kata Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah.

Beliau yang juga Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak berkata, antara faktor peningkatan jumlah permohonan program itu ialah kerana persekitaran Sarawak yang kondusif dan selamat.

Permohonan S-MM2H meningkat – Abdul Karim

Kata Abdul Karim, faktor lain termasuklah komunikasi dengan penduduk tempatan yang mudah kerana bahasa Inggeris digunakan secara meluas di Sarawak.

“Selain itu, budaya hormat-menghormati di sini juga sangat tinggi selain kita mengenakan kadar bayaran levi yang munasabah kepada mereka, (ini menjadi faktor penarik),” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Ibu Pejabat Aramaz Borneo Sdn Bhd di Kompleks Tun Jugah di sini hari ini.

Sementara itu Abdul Karim berkata, penambahan warga asing ke Sarawak dari Singapura dan Hong Kong untuk program itu telah memberi impak positif kepada ekopelancongan.

“Kebanyakan mereka tidak tinggal di sini tetapi menjadikan Sarawak tempat berehat dan ia bagus untuk meningkatkan industri pelancongan,” ujarnya lagi. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan