Search
Close this search box.
Wakil polis mengadakan sesi perjumpaan dan taklimat berkaitan Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya kepada penduduk Apartment Idaman di sini malam ini.Foto, Bernama.

Kes bunuh Zayn Rayyan, polis temukan sehelai stoking dalam takungan air

ByBernama

PETALING JAYA, 13 Dis: Polis menemukan sehelai stoking hari ini dalam kawasan takungan air di anak sungai berhampiran lokasi mayat kanak-kanak autisme Zayn Rayyan Abdul Matiin ditemukan.

Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata stoking itu perlu dihantar ke makmal untuk dianalisis bagi memastikan sama ada ia milik Zayn Rayyan atau bukan.

“Sukar nak terima Zayn Rayyan sudah tiada” – Ibu

“Kami jumpa sehelai sahaja tetapi perlu buat pengesahan lanjut sama ada kepunyaan kanak-kanak itu atau bukan,” katanya ketika dihubungi malam ini.

Semalam, polis mendapatkan bantuan Jabatan Bomba dan Penyelamat serta Jabatan Pengairan dan Saliran Selangor bagi membantu menyedut keluar takungan air di lokasi penemuan mangsa untuk melihat sama ada wujud sebarang bukti baharu.

Kanak-kanak berusia enam tahun itu dilaporkan hilang pada 5 Dis lepas di Damansara Damai, sebelum ditemukan meninggal dunia berhampiran aliran anak sungai, kira-kira 200 meter dari blok rumahnya di Apartment Idaman, pada keesokannya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan