Search
Close this search box.
Indonesia turut mencatatkan lonjakan kes COVID-19 seperti yang berlaku di negara jiran. Foto, David Andreas (TVS).

COVID-19 meningkat 80 peratus di Indonesia, vaksin penggalak ketiga disediakan

JAKARTA, 13 Dis: Indonesia merekodkan peningkatan mendadak kes COVID-19 sehingga 80 peratus sejak awal bulan ini.

Bagi membendung gejala teruk akibat jangkitan wabak itu, kerajaan akan melaksanakan program suntikan vaksin dos penggalak ketiga.

Kementerian Kesihatan Indonesia berkata, jangkitan kes COVID-19 di negara ini didominasi oleh subvarian EG.5. yang berasal daripada varian Omicron.

Menterinya, Budi Gunadi Sadikin pada masa sama turut merayu rakyat supaya kembali mematuhi protokol kesihatan termasuk mendapatkan vaksinasi.

JPBN Sarawak tunggu keputusan KKM berhubung isu COVID-19 – Uggah

“Di pihak kerajaan, kita akan menyediakan vaksin penggalak dos ketiga,” katanya.

Budi Gunadi berkata, kementerian juga bercadang untuk membuka semula Pusat Pemberian Vaksinasi (PPV) bagi memudahkan rakyat mendapatkan dos ketiga.

Kementerian Kesihatan ujarnya juga telah meningkatkan penjagaan di pintu masuk negara bagi mencegah peningkatan wabak.

“(Ini termasuk) dengan menyediakan ujian saringan COVID-19 dan pemeriksaan suhu badan.

“Langkah ini dilaksanakan berikutan peningkatan pergerakan rakyat menjelang cuti Hari Krismas 2023 dan sambutan tahun baharu 2024 yang berpotensi menyebabkan lonjakan kes,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan