Search
Close this search box.
Atlet Pusat Pembangunan Sukan Lawan Pedang Negeri Sarawak Cawangan Limbang pada sesi latihan hari ini. Foto, TVS.

Atlet Limbang idam pingat pada Kejohanan Lawan Pedang Piala Borneo Sarawak

LIMBANG, 13 Dis: Seramai 12 atlet di Pusat Pembangunan Sukan Lawan Pedang Negeri Sarawak Cawangan Limbang berazam mencipta kejutan pada Kejohanan Lawan Pedang Piala Borneo Sarawak.

Jurulatihnya, Lawrence Akiew Pojen berkata, ketika ini latihan intensif giat diadakan pada setiap Sabtu dan Ahad selain atlet terlibat berlatih pada sesi kokurikulum sekolah iaitu pada Rabu dan Khamis.

Lawrence Akiew optimis barisan anak buahnya akan mampu memberi saingan sengit sekali gus membawa pulang pingat.

“Mereka akan menyertai beberapa kategori terbuka individu dan bawah 14 tahun selain bertanding ketiga-tiga kategori pedang iaitu sabre, foil dan juga epee bagi wanita dan lelaki,” katanya selepas sesi latihan kepada TVS hari ini.

Katanya, kejohanan yang akan diadakan di Miri pada 15 hingga 17 Disember ini akan turut disertai 120 atlet dari Indonesia, dan Brunei selain penyertaan atlet dari Sabah dan tuan rumah, Sarawak.

Sementara itu, Lawrence Akiew berkata, walaupun pusat berkenaan baharu ditubuhkan pada 2018, atlet mereka telah merangkul pelbagai kejayaan dalam sukan itu yang masih baharu di Limbang.

“Kita juga pernah menghantar atlet ke Sarawak Fencing Open Championship 2018 dan berjaya muncul juara dalam kategori foil wanita,” ujarnya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan