Search
Close this search box.
Seramai 21 warga asing antara 31 individu diberkas polis selepas dipercayai terbabit kegiatan pencerobohan dan melombong unsur nadir bumi bukan radioaktif (NR-REE) secara haram di Hutan Simpan Bintang Hijau di Hulu Perak, Gerik dekat sini, 8 Disember (Jumaat) lalu. Foto, Envato.

31 individu ditahan melombong NR-REE secara haram di hutan simpan

IPOH, 13 Dis: Seramai 21 warga asing antara 31 individu diberkas polis selepas dipercayai terbabit kegiatan pencerobohan dan melombong unsur nadir bumi bukan radioaktif (NR-REE) secara haram di Hutan Simpan Bintang Hijau di Hulu Perak, Gerik dekat sini, 8 Disember (Jumaat) lalu.

Ops Khazanah yang turut membabitkan Jabatan Perhutanan itu melakukan serbuan di kawasan terbabit kira-kira 3.30 petang hasil maklumat orang ramai.

Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata, pasukan serbuan telah menjumpai kawasan penerokaan tersebut sebelum menahan 31 individu berusia 23 hingga 69 tahun termasuk dua wanita.

Ujarnya, seramai 28 orang ditahan di kawasan perlombongan dengan sembilan daripadanya adalah warga tempatan dan 19 merupakan warga asing.

“Susulan itu, tiga orang lagi ditahan di sekitar daerah Gerik iaitu seorang warga tempatan dan dua warga asing.

“Bagi pecahan warga asing yang kesemuanya tiada dokumen pengenalan diri, mereka merupakan 16 orang warga China, Myanmar (empat) dan Vietnam (satu),” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambah Mohd Yusri, siasatan polis mendapati kesemua yang ditahan tersebut terlibat dalam kegiatan perlombongan NR-REE secara haram di kawasan itu.

“Tangkapan warga tempatan direman tiga hari dan 21 orang warga asing direman 14 hari di bawah Seksyen 51(5)(B) Akta Imgresen 1959/63.

“Siasatan dibuat mengikut Seksyen 6(1)(c) dan Seksyen 55B Akta Imgresen 1959/63 serta bagi kesalahan di bawah Akta Perhutanan Negara 1984 (Akta 313), siasatan dibuat Jabatan Perhutanan,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan