Search
Close this search box.
ACP Ahsmon Bajah ketika hadir Program Integriti Kesedaran Kesihatan Mental IPD Kuching hari ini. Foto, Radzi Ahmad (TVS).

25 anggota polis IPD Kuching dikenakan tindakan disiplin tahun lepas

ByRadzi Ahmad

KUCHING, 13 Dis: Seramai 25 orang anggota polis di daerah ini telah dikenakan tindakan disiplin atas pelbagai kesalahan sepanjang tahun lepas.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner (ACP) Ahsmon Bajah berkata, daripada jumlah itu, empat merupakan pegawai kanan manakala 20 lagi pegawai lain – lain pangkat serta seorang kakitangan awam.

Geng samun ‘mentah’ ditumpaskan IPD Kuching

Jelas beliau, seramai tiga pegawai juga telah dibuang kerja bagi tempoh 2021 hingga 2023.

“Daripada jumlah 25 orang itu, masing – masing empat terlibat dengan rasuah dan jenayah termasuk dadah.

“Seramai enam pula terlibat dengan kesalahan syariah dan lain-lain,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas merasmikan Majlis Penutupan Program Integriti dan Kesihatan Mental Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching di sini hari ini.

Sementara itu, Ahsmon memberitahu, seramai 133 orang pegawai lain juga telah diambil tindakan tataterbib atas salah laku semasa menjalankan tugas.

“Ia melibatkan kesalahan tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dan cara pelaksanaan tugas, keterampilan dan disiplin diri dan juga cara berurusan dengan masyarakat yang datang untuk membuat aduan,” katanya.

Ahsmon berkata pemantauan akan sentiasa dibuat dan tindakan tegas akan diambil untuk memastikan perkhidmatan yang bertunjangkan integriti dan tatakelola, selari dengan fokus yang ditekankan oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain.

Mengenai Program Integriti dan Kesihatan Mental yang kali pertama diadakan itu, Ahsmon berkata, ia merupakan usaha berterusan untuk meningkatkan integriti dan kesihatan mental pegawai, anggota, dan kakitangan awam. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan