Search
Close this search box.
Gambar fail menunjukkan proses vaksinasi ketika kemuncak penularan COVID-19 pada 2021. Foto, Bernama.

12,757 kes baharu COVID-19 dilaporkan namun situasi terkawal – KKM

ByFirdaus Ismail

KUALA LUMPUR, 13 Dis: Sebanyak 12,757 kes baharu COVID-19 dilaporkan pada Minggu Epidemiologi (ME) 49, jelas Kementerian Kesihatan (KKM).

Jumlah berkenaan menunjukkan peningkatan berbanding 6,796 kes yang pada ME 48 membabitkan tempoh 26 November hingga 2 Disember lepas.

COVID-19: Kes meningkat kepada 6,796 pada ME48/2023

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Muhammad Radzi Abu Hassan berkata, peningkatan kes COVID-19 turut berlaku di peringkat global termasuk di beberapa negara jiran.

“Di Malaysia, peningkatan ini seiring dengan tren yang berlaku pada setiap hujung tahun. Majoriti kes COVID-19 di Malaysia mengalami gejala ringan dan tidak memerlukan rawatan di hospital,” katanya menerusi kenyataan media hari ini.

JPBN Sarawak tunggu keputusan KKM berhubung isu COVID-19 – Uggah

Sementara itu beliau turut memaklumkan, jumlah kemasukan pesakit COVID-19 termasuk yang ke fasiliti kesihatan bagi penggunaan katil bukan kritikal adalah meningkat kepada 1.4 peratus berbanding ME 48/2023.

Namun jelas beliau, di sebalik peningkatan kes COVID-19, secara keseluruhan keadaan semasa di Malaysia masih dalam keadaan terkawal.

Ketika ini katanya, sebanyak 26 varian Omicron baharu dilaporkan yang terdiri daripada 21 kes Variant of Concern (VOC) dan lima kes Variant of Interest (VOI).

“Sehingga kini, tiada varian baharu yang dikesan di Malaysia. Varian yang masih menular di Malaysia adalah varian Omicron dengan subvarian XBB.1.16, XBB.1.5 dan EG.5.

“Varian ini walaupun mempunyai kadar kebolehjangkitan yang tinggi, tetapi ianya tidak menyebabkan kes yang teruk,” tambahnya. -TVS



		

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan