Search
Close this search box.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menunjukkan senarai Ahli-Ahli Jemaah Menteri selepas mengumumkan rombakan Kabinet Kerajaan Perpaduan di Bangunan Perdana Putra, di sini hari ini. Foto: Bernama

Rombakan kabinet dilaksanakan untuk penuhi tuntutan semasa negara – PM

ByBernama

PUTRAJAYA, 12 Dis: Rombakan Kabinet Kerajaan Perpaduan hari ini yang dilaksanakan buat kali pertama selepas kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim melangkaui usia setahun, bertujuan untuk membuat penyesuaian dalam memenuhi tuntutan dan keadaan semasa.

Dalam sidang media pengumuman barisan Jemaah Menteri baharu, beliau yang mengekalkan portfolio Menteri Kewangan berkata rombakan dibuat kerana setiap perubahan dari segi perkembangan ekonomi, permasalahan rakyat termasuk kos sara hidup, harus ditangani dengan baik.

“Penerimaan di peringkat antarabangsa yang memerlukan tugas di Kementerian Luar (penting), isu pendidikan, pendidikan tinggi, terutama dalam beberapa usaha kita meneroka bidang baharu.

“Ia seperti kecerdasan buatan (AI), transformasi digital.. yang menyebabkan saya memikir semula untuk membuat sedikit sebanyak penyesuaian (dalam Kabinet) dengan melihat kepada keadaan dan tuntutan semasa,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan