Search
Close this search box.
Seramai 23 individu yang ditahan kerana disyaki terlibat dalam aktiviti judi sabung ayam di kawasan kebun sawit di Tatau, semalam. Foto: PDRM

Lelaki warga emas antara 23 kaki sabung ayam dicekup

TATAU, 11 Dis: Keseronokan seorang warga emas yang leka menyaksikan sabung ayam berakhir apabila polis menahannya bersama 22 individu yang lain di kawasan kebun sawit berhampiran Jalan Tatau-Selitut dekat sini petang Ahad.

Ketua Polis Daerah Tatau, Deputi Superintendan (DSP) Jame Reis berkata semua mereka ditahan kerana disyaki terlibat dalam aktiviti perjudian sabung ayam dalam satu serbuan pada 3.50 petang itu.

Kesemua yang ditahan berusia antara 30 hingga 72 tahun.

“Bertindak daripada maklumat awam, pihak kami daripada Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tatau telah menjalankan serbuan di kawasan kebun sawit menuju jalan masuk ke sebuah rumah panjang di Jalan Tatau-Selitut.

“Setiba di lokasi, pihak kami menunggu selama 20 minit sebelum membuat serbuan sehingga menyebabkan kesemua suspek bertempiaran melarikan diri masuk ke dalam hutan dan berjaya menahan 23 orang termasuk seorang lelaki warga emas,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Katanya, polis turut merampas 11 ekor ayam sabung, dua unit taji ayam sabung dan pelbagai peralatan lain serta wang tunai berjumlah RM516.

“Kesemua tangkapan dan barang rampasan dibawa ke Balai Polis Tatau untuk tindakan lanjut.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 73(g) Ordinan Kesihatan Awam Veterinar 1999 dan Seksyen 3(1) langkah-langkah Pencegahan Penganiayaan Terhadap Binatang 1962,” jelasnya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan