Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dr Sim (empat dari kanan) bersama Konsulat Jeneral China di Kuching, Xing Weiping (empat dari kiri) dan Pengarah Urusan GWM Malaysia, Cui Anqi (tiga dari kanan) pada perasmian Pusat 4S GWM di Kuching, semalam. Foto: TVS

GWM lancar kereta EV, Pusat 4S pertama di Sarawak

ByDouglas Elliot

KUCHING, 11 Dis: Landskap kenderaan elektrik (EV) di Sarawak menjadi lebih kompetitif dengan pengenalan model Ora Good Cat yang dilancarkan oleh Great Wall Motor (GWM) Malaysia di sini, semalam. 

Pelancaran tersebut disempurnakan oleh Timbalan Premier, Datuk Amar Dr Sim Kui Hian, yang berkata model itu akan memberi persaingan kepada EV lain. 

“Ini adalah penting untuk Sarawak sejajar peralihannya ke arah mobiliti hijau yang melibatkan EV dan kenderaan hidrogen. 

“Pelancaran ini akan memberi pilihan kepada pembeli untuk beralih kepada EV,” katanya kepada pemberita.

Ujar Dr Sim, peralihan kepada tenaga hijau seperti EV sedikit sebanyak akan membantu mengurangkan permasalahan perubahan iklim sedunia. 

“Kebanyakan rakyat di wilayah ini tidak menyedari bahawa isu perubahan iklim akan memberi kesan secara langsung kepada Sarawak. 

“Kita boleh lihat sendiri keadaan cuaca hujan lebat yang berterusan kini sehingga mengakibatkan banjir kilat,” katanya sambil menambah sistem perparitan sedia ada sukar untuk menampung kuantiti air yang banyak berikutan itu. 

Sementara itu, Dr Sim turut melancarkan pembukaan Pusat Jualan, Servis, Alat Ganti, Badan Kenderaan dan Cat (4S) GWM yang pertama di Sarawak. 

Pengarah Urusan GWM Malaysia, Cui Anqi, berkata pusat 4S dengan keluasan 1,700 meter persegi itu menawarkan perkhidmatan jualan, servis, penyelenggaraan, dan alat ganti.

“Bilik pameran Kuching akan memainkan peranan sebagai penghubung penting antara GWM dan Kuching, Sarawak dalam usaha kami memperluaskan capaian kepada lebih ramai pengguna di Malaysia,” katanya. 

Majlis itu turut disertai Konsulat Jeneral China di Kuching, Xing Weiping. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan