COVID-19: Kes meningkat kepada 6,796 pada ME48/2023


PUTRAJAYA, 11 Dis: Kes COVID-19 dalam negara meningkat kepada 6,796 kes pada Minggu Epidemiologi ke-48 (ME48/2023) iaitu dari 26 Nov hingga 2 Dis lepas berbanding 3,626 kes yang dilaporkan pada minggu sebelumnya.