Search
Close this search box.
Pesuruhjaya Polis Sarawak, Dato Mancha Ata dan rombongan disambut meriah sebaik sahaja tiba untuk merasmikan majlis penutupan Kempen Pencegahan Jenayah Komersil di Rumah Sibar, Ulu Sarikei. Foto: TVS

Polis giatkan kempen kesedaran cegah jenayah di luar bandar

SARIKEI, 9 Dis:  Polis Sarawak mempergiatkan kempen untuk meningkatkan kesedaran penduduk luar bandar terhadap pelbagai ancaman jenayah termasuk ‘scammer’ dan masalah penyalahgunaan dadah dalam kalangan generasi muda.

Pesuruhjaya Polis Sarawak, Dato Mancha Ata, berkata kempen bergerak itu bukan hanya meliputi kawasan kampung sebaliknya rumah panjang yang jauh di kawasan pedalaman.

Menurutnya, penganjuran program yang melibatkan penyertaan komuniti setempat seperti di Rumah Sibar, Ulu Sarikei akan diteruskan dari semasa ke semasa.

“Program tidak hanya tertumpu pada isu penipuan dalam talian, tetapi juga meliputi jenayah lain seperti dadah dan sebagainya.

“Hari ini, kita menyaksikan pelbagai bentuk penipuan dilakukan hingga mengakibatkan jumlah kerugian yang bukannya sedikit.

“Mangsanya pula tidak mengira usia dan latar belakang kerjaya termasuk penduduk kampung,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas menyempurnakan Majlis  Penutupan Kempen Pencegahan Jenayah Komersil dan Pameran, Mempromosi Semak Mule Serta Pusat Respon Scam Kebangsaan (NSRC) di Rumah Sibar Lubok Lemba, di sini, hari ini.

Beliau menambah usaha bersepadu itu amat penting bagi melindungi komuniti setempat selain memastikan kesejahteraan mereka sentiasa terjamin.

Dalam perkembangan berkaitan, Mancha juga mengingatkan masyarakat agar sentiasa berwaspada daripada mangsa penipuan.

“Jika bercakap tentang keldai akaun, kita memang ada terima laporan namun untuk di Sarawak jumlah kes masih terkawal.

“Bagaimanapun, kes berkaitan jenayah komersil menunjukkan trend meningkat dalam tempoh 11 bulan pertama tahun ini,” ujarnya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan