Search
Close this search box.
Tangkap layar dari sebuah video yang menunjukkan beberapa individu yang bergaduh di Limbang. Foto: TVS.

Polis masih mengesan individu terlibat dalam dua kes pergaduhan di Limbang

LIMBANG, 8 Dis: Polis sedang memburu beberapa lagi individu yang dipercayai terlibat dengan dua kes pergaduhan seperti yang tular dalam media sosial semalam.

Ketua Polis Daerah Limbang Superitenden Parum Niot berkata dua lelaki berusia 19 dan 29 tahun sudah diberkas berhubung kes pergaduhan yang berlaku di pekarangan Bangunan Limbang Plaza dan tempat pakir kereta Pejabat LAKU Limbang.

“Pihak polis setakat ini sudah menahan dua orang lelaki berumur 19 dan 29 tahun. Tiga orang lagi suspek yang masih bebas sedang dikesan untuk membantu siasatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau mengesahkan rakaman video berhubung dua kes pergaduhan yang diterima pihaknya.

“Dua laporan polis diterima berhubung kejadian itu dan kes disiasat dibawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan merusuh, jika disabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya,” katanya

Parum menasihati orang awam agar tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu siasatan.

Beliau meminta pihak yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian ini agar tampil ke Balai Polis Limbang bagi menyalurkan maklumat atau boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Sarjan Acolnies Singkawot di talian 085-211466. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan