Search
Close this search box.
Gambar hiasan

Penghantar makanan rugi lebih RM75,000, terpedaya olah ‘Susan’

SIBU, 8 Dis: Seorang penghantar makanan mengalami kerugian berjumlah RM75,300 selepas terpedaya dengan pelaburan yang ditawarkan melalui iklan media sosial.

Ketua Polis Daerah Sibu, Asisten Komisioner (ACP) Zulkipli Suhaili berkata, pihaknya menerima aduan mengenai kejadian membabitkan seorang penghantar makanan pada Khamis.

“Kejadian bermula pada 10 September lalu apabila mangsa berusia 50-an berminat mengikuti pelaburan yang diiklankan dalam laman sosial Facebook dengan menjanjikan bayaran pulangan yang lumayan.

“Mangsa telah menekan satu pautan iklan berkenaan dan berhubung dengan suspek bernama ‘Susan’ melalui aplikasi WhatsApp dan kemudian memasukkan nombor telefon mangsa ke dalam satu kumpulan atas nama Global Live Road Show pada 24 September lalu,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Tambahnya, mangsa kemudian dikehendaki membuat bayaran bagi memulakan pelaburan.

“Bermula 25 Oktober sehingga 24 November lalu, mangsa telah membuat sebanyak enam kali transaksi pindahan wang berjumlah RM75,300 ke dalam empat akaun syarikat berkenaan bagi tujuan pelaburan.

“Mangsa sedar telah ditipu apabila suspek memberi pelbagai alasan ketika dia mahu mengeluarkan wang pelaburan miliknya,” jelasnya.

Zulkipli berkata, mangsa membuat laporan polis pada pada 7 Disember dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan