Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Aktiviti operasi di Lapangan Terbang Limbang. Foto, Pejabat Kesihatan Bahagian Limbang.

Merokok di Lapangan Terbang Limbang, lelaki didenda RM500

LIMBANG, 8 Dis: Seorang lelaki berasal dari Miri didenda RM500 oleh Mahkamah Majistret di sini pada Khamis kerana merokok dalam kawasan larangan di Lapangan Terbang Limbang.

Majistret Monica Linsua menjatuhkan hukuman itu ke atas tertuduh yang mengaku bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan, mahkamah turut memerintahkan tertuduh untuk menjalani hukuman penjara dua minggu sekiranya gagal membayar denda.

Menurut pegawai penyiasat Ammelia Layam Nickson Luta, tertuduh telah didakwa merokok di lapangan terbang Limbang iaitu atempat dilarang merokok di bawah Peraturan 11(1)(g) Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004.

Pegawai Pendakwa dari Pejabat Kesihatan Bahagian Limbang Elizabeth Sinirisan Chong memohon hukuman setimpal ke atas tertuduh kerana gagal menyelesaikan kompaun dalam tempoh yang diberi serta tidak hadir ke mahkamah sehingga mahkamah mengeluarkan dua waran tangkap terhadap tertuduh.

Pegawai Kesihatan Bahagian Limbang Dr Norliza Jusoh dalam kenyataan media hari ini menjelaskan bahawa kesalahan merokok di kawasan larangan, kompaun sebanyak RM250 boleh dikenakan dan sekiranya gagal membayar kompaun, mereka akan didakwa di mahkamah dan boleh dikenakan denda tidak melebihi RM10,000 atau tidak lebih dua tahun penjara.

Beliau menegaskan bahawa larangan merokok bukan bertujuan menghukum golongan perokok, sebaliknya bagi mengelakkan komplikasi akibat tabiat merokok kepada mereka serta perokok pasif iaitu individu yang berada di sekeliling terutamanya golongan bayi dan kanak-kanak. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan