Search
Close this search box.
Pemangku Pegawai Daerah Lingga Frank Lani semasa ditemui media di Tapak Regatta Lingga di Sri Aman Pada Khamis. Foto, TVS.

Tujuh Raja Sungai rebut gelaran ‘Battle Of Titan Regatta Lingga’

SRI AMAN, 7 Dis: Pesta Regata Lingga membuka tirai hari ini dengan pertandingan power Boat Racing yang julung kali dianjurkan pada acara ini.

Menurut Pemangku Pegawai Daerah Lingga Frank Lani terdapat beberapa pembaharuan yang ditampilkan pada edisi kali ini untuk menarik kehadiran pengunjung.

Antaranya kata Frank adalah pertandingan Battle Of Titan Regatta Lingga selain perlumbaan antara pasukan yang sudah menjuarai acara regatta di daerah lain sepanjang tahun ini.

“Semua raja sungai yang telah bertanding di semua Pesta Regatta di Sarawak melibatkan tujuh pasukan yang akan berentap pada 10 Disember ini iaitu pada majlis penutupan rasmi Regatta nanti.

“Raja-raja sungai yang telah menakluki sungai di daerah lain akan berkumpul di Lingga untuk bertarung merebut gelaran Battle Of Titan,” katanya kepada pemberita di tapak Pesta Regatta Lingga di Sri Aman pada Khamis.

Tambahnya seramai  30,000 pengunjung disasarkan untuk hadir sepanjang empat hari penganjuran Regatta Lingga itu.

Termasuk kata Frank edisin kali ini melibatkan seramai 6,000 peserta bakal beraksi. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan